Sunday, April 19, 2009

KiSaH Pak PaNdiR..



memandangkan sume org tension2 sebab nk jawab tekno esk,


pe kate kite layan story pak pandir jap..


sedikit sebanyak, dapat gak me-release-kan tension yang bersemadi di kepala tuh..

KISAH 1

Pak Pandir penternak itik yang berjaya.


Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.


Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu.


Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu.


Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur,

"Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat.

"Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir.


Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri.


Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya.


Akhirnya datang polis,

"Hei... kenapa belum jalan?"

"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.


KISAH 2

Setelah setahun, usahanya makin maju.


Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta.


Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah.


Melihat tingkahnya polis terus menghampiri.

"Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanya polis.


"Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."




KISAH 3

pak pandir pandai skit la cakap bahasa inggeris,


takat i am sorry, one sampai seven tu biasa bagi pak pandir.


alkisah, suatu hari pak pandir jalan-jalan naik keta ngan mak andeh gi kl.


tetiba dia telanggar keta orang lain. alamak, orang putih la!


pak pandir mula gelabah,


pak pandir pun keluar dari keta,
orang putih pun keluar gak, pak pandir pun kata - i am sorry.
orang putih tu pun kata - i am sorry 2.
pak pandir dengar 2 apalagi dia jawab la - i am sorry 3.
orang putih tu penin, dia kata - what sorry 4.
pak pandir apa lagi, dengar 4 dia terus jawab - i am sorry 5.

orang putih 2 lagi pening,

pastu bini orang putih tu kuar dari keta, dia pun berkata -


i thing this man must be sick(6).
pak pandir dengar 6 dia jawab lagi dengan selamba - i am sorry 7.....




KISAH 4

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:



"Panasnya dalam helikopter ini ..."

Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:

"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."


KISAH 5


pak pandir: mak andih.. oo mak andih..
mak andih : ya bang.. awat nya?
pak pandir: rasa nk makan pisang la plak..bawak mai pisang emas kt dapoq tu..
mak andih : pisang tak masak lagi bang..
pak pandir: laaa.. gas abih dah ka?
mak andih : ????



...dan demikian la kisah pak pandir dalam kehidupan sehariannye..

kepada kawan2 ku sekalian, gud luck utk tekno esk !!! (^,^) ....

No comments:

Post a Comment